Tujuh pemilik premis menjual alat peranti dikenakan notis dan diminta memberi maklum balas selepas didapati menjual alatan elektronik dengan harga mencurigakan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, tindakan itu dikenakan ketika Ops Catut 8.0 berikutan maklumat awam berkaitan kenaikan harga barangan terbabit disebabkan permintaan tinggi di pasaran.